Doa Keluar Tandas (Bilik Air)

Doa Keluar Tandas (Bilik Air)

Terjemahan Bahasa Rumi

Alham dulillah Hil Lazi Azhaba Anil Aza Wa Aafani

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan aku dan menyihatkan diriku

Doa Masuk Tandas (Bilik Air)

Doa Masuk Tandas (Bilik Air)

Terjemahan Bahasa Rumi

Allahumma Inni A'uu zubika minal hubusi wal hobaiz

Maksudnya:

Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan-syaitan

Doa Sebelum Berjimak (Bersetubuh)

Doa Sebelum Berjimak (Bersetubuh)

Terjemahan Bahasa Rumi

Bismillah, Allahumma jannibnas syaitana wajannibis syaitana ma razaktana

Maksudnya:

Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau kurniakan kepada Kami

Doa untuk Kedua Ibu Bapa

Doa untuk Kedua Ibu Bapa

Terjemahan Bahasa Rumi

Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro

Maksudnya:

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil

Info Tambahan:

Untuk imam, bacaan seperti berikut:
Allahhummaghfirlana dzunubana waliwalidayya, warhamhumma kama robbayana soghiro

Doa Sebelum Tidur

Doa Sebelum Tidur

Terjemahan Bahasa Rumi

Bismikallahumma ahya wa amuut

Maksudnya:

Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

Doa Selepas Solat (Ringkas)

Doa Selepas Solat (Ringkas)

Terjemahan Bahasa Rumi

Bismillah hir'rahma nirra'him
Alhamdulillah hirob bil a'lamin
Wassola tuwas sala mua'la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa'ala alihi wasob bihi ajma'in
Allahumma ahyiina bil iiman, wa'amit naa bil iiman, waad khilnal jannata ma al iiman
Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo
Allahummaah timlana bi'khusnil khotimah, wala tahtim alaina bisuu ii' khotimah
Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in'naka antal wahab
Robbana a'tina fid'dun yaa hasanah, wafil a' khirotil hasanah, waqinaa azab'bannar
Wasollallah huala saidina Muhammad, wa'ala a'lihi wasobihi was'salam
Walham dulillah hirob'bil a'lamiin

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. MyToha Network | Doa Harian

Doa Qunut (Ketika Solat Subuh)

Doa Qunut Ketika Solat

Bacaan Bahasa Rumi

Allah humah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Wastaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

Maksudnya:

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. MyToha Network | Doa Harian

Info Tambahan:

Jika anda menjadi imam, kalimah-kalimah berikut hendaklah dibaca dan ditukar, manakala orang-orang yang menjadi makmum tidak perlu membaca pada kalimah kalimah tersebut, makmum hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya dengan Amin sahaja.:-
"Allah humah dini" kepada "Allah humah dina"
"Wa'a fini" kepada "Wa'a fina"
"Watawallani" kepada "Watawallana"
"Wabarikli" kepada "Wabariklana"
"Waqinii" kepada "Waqina"

Doa Selepas Makan

Doa Selepas Makan

Terjemahan Bahasa Rumi

Alhamdulillahilladzii ath’amanaa wa saqaanaa wa ja’alanaa minal muslimiina

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kepada kami dan menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Islam. MyToha Network | Doa Harian

Doa Sebelum Makan

Doa Sebelum Makan

Terjemahan Bahasa Rumi

Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna'adzaabannar

Maksudnya:

Ya Allah barakahkanlah kepada kami apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan peliharalah kami dari api neraka.

Doa Bangun Tidur

Doa Bangun Tidur

Terjemahan Bahasa Rumi

Alhamdulillahil ladzi ahyana ba'da ma amatana wailaihin nusyur

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan (tidur) kami dan kepadaNya kami akan kembali.