Ad Code

Responsive Advertisement

Ticker

6/recent/ticker-posts

Doa Selepas Solat (Ringkas)

Doa Selepas Solat (Ringkas)

Terjemahan Bahasa Rumi

Bismillah hir'rahma nirra'him
Alhamdulillah hirob bil a'lamin
Wassola tuwas sala mua'la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa'ala alihi wasob bihi ajma'in
Allahumma ahyiina bil iiman, wa'amit naa bil iiman, waad khilnal jannata ma al iiman
Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo
Allahummaah timlana bi'khusnil khotimah, wala tahtim alaina bisuu ii' khotimah
Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in'naka antal wahab
Robbana a'tina fid'dun yaa hasanah, wafil a' khirotil hasanah, waqinaa azab'bannar
Wasollallah huala saidina Muhammad, wa'ala a'lihi wasobihi was'salam
Walham dulillah hirob'bil a'lamiin

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. MyToha Network | Doa Harian

Post a Comment

23 Comments

  1. Salam,
    Terima kasih kerana terjemahkan jawi kepada rumi.
    Tapi ada pembetulan sedikit,dalam terjemahan rumi.
    (waiz kholnaal jannata maal iiman), sepatutnya 'waad khilnal jannata ma al iiman'

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pembetulan tersebut.. dah update.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. my toha...tq for the doa.
      however, boleh x post doa pembukaan majlis tunang dan penutupan?
      dalam rumi macam ni.....thank you

      Delete
    2. my toha...tq for the doa.
      however, boleh x post doa pembukaan majlis tunang dan penutupan?
      dalam rumi macam ni.....thank you

      Delete
  3. Salam, nak bertanya, saya kurang pasti, knape jawi berbunyi
    "wala tahtam alaina bisuu i' khotimah"
    tetapi rumi "wala tahtim alaina bisuu ii' khotimah" ?
    maaf saya baru nak belajar.

    ReplyDelete
  4. yang betulnya "tahtam alaina bisuu i' khotimah. mungkin ini salah taip....

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini

    ReplyDelete
  6. Terima kasih. Moga rahmat Allah bg kalian.

    ReplyDelete
  7. Boleh ke kita letak doa tambahan dalam doa ni ?

    ReplyDelete
  8. Terima kasih diatas perkongsian..klau ada wirid yg ringkas utk di kongsikan ok jgk tu..

    ReplyDelete
  9. Tq for sharing this 😄😄

    ReplyDelete
  10. Jazakallah khair

    Salaam ramadhan semua

    ReplyDelete
  11. Mohon izin untuk amal bersama keluarga...dunia akhirat...

    ReplyDelete
  12. Mohon juga izin amal doa- doa dalam website ni...dunia akhirat.

    ReplyDelete
  13. Wali wali daina ke wali wali dina

    ReplyDelete

Ad Code

Responsive Advertisement